Thursday, October 10, 2019

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA SERTA FUNGSINYA






JENIS-JENIS SEKOLAH
DI MALAYSIA
FUNGSI
Sekolah
Kebangsaan
& Sekolah
Menengah 
Kebangsaan 
Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa penghantar.
Sekolah kebangsaan merupakan salah satu sekolah rendah
manakala sekolah menengah kebangsaan merupakan salah
satu jenis sekolah menengah
Sekolah jenis
kebangsaan
Bahasa cina atau bahasa tamil digunakan sebagai bahasa
penghantar.sekolah jenis kebangsaan merupakan salah satu jenis
sekolah rendah
Sekolah
wawasan
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai sekolah wawasan.penubuhan sekolah wawasan bertujuan untuk
menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum
Sekolah kluster
Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.pengwujuan
sekolah kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan malaysia dan membangun sekolah yang boleh di contohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Sekolah primier
Sekolah dalam sekelompok sekolah  kluster yang berusia lebih 100 tahun dan cemerlang dalam akademik serta kokurikulum.mengiktiraf sekolah - sekolah yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum,serta menghasilkan ramai pemimpin,ahli korporat,profesional, dan ahli sukan
Sekolah agama
islam
Sekolah pondok,madrasah dan sekolah agama merupakan sekolah yang terawal wujud di malaysia. kewujudan sekolah-sekolah pondok,madrasah dan sekolah agama islam banyak membantu dalam membina sahsiah pelajar melalui penerapan pendidikan keagamaan seterusnya membina peradapan.
Sekolah mubaligh
Terdapat juga sekolah kebangsaan methodist,sekolah menengah kebangsaan methodist dan banyak lagi sekolah mubaligh kristian bertujuan untuk menerapkan agama kristian dalam diri orang kristian
Sekolah bestariSekolah bestari merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan  ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.
Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik / VokasionalSekolah teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara . Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan .
Sekolah conformingSekolah conforming dikenali sebagai SMJK (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan) . Ia diklasifikasi sebagai sekolah bantuan kerajaan . Kerajaan memberikan gaji kakitangan sekolah , memberi sokongan dan sekolah adalah dalam pentadbiran kerajaan . Sekolah conforming juga ialah hak milik kerajaan .
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)Sekolah Berprestasi Tinggi diiktirafkan sebagai sekolah yang mempunyai etos , watak , identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan . Bertindak sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan , supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini . 
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)Sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan Bumiputera.
Sekolah Berasarama Penuh (SBP)Sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam UPSR .Namun kini , semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia .
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)SBPI hanya menetapkan satu aliran pengajian di sesebuah sekolahnya . Melalui konsep SBPI ini , ia memberi peluang kepada para pelajar untuk memilih aliran pengajian yang diminati sama ada aliran Sains Tulen , Teknikal atau Agama di dalam satu sekolah . SBPI peringkat menengah atas menawarkan konsep penggabungan tiga aliran pengajian di dalam satu sekolah meliputi aliran Sains Tulen , aliran Teknikal dan aliran Sains Tulen Agama . Di peringkat menengah rendah pula , para pelajar dikehendaki mengambil kesemua mata pelajaran teras termasuk Bahasa Arab Komunikasi. Para pelajar juga dikehendaki memilih mata pelajaran asing sama ada Bahasa Jepun , Bahasa Perancis , Bahasa Jerman dan Bahasa Mandarin .
Sekolah SeniSebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan meggilap dan meggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif .
Sekolah SukanSekolah Sukan Malaysia adalah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih 
Sekolah AmanahSekolah separa korporat akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sama ada menengah atau rendah di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan.
Sekolah Pendidikan KhasSekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran, dan bermasalah pengihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Sekolah Transfomasi (PreSTasi)Sekolah ini bertujuan untuk mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik Sekolah Amanah di sekolah harian terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah dan ingin membangunkan kepakaran tempatan melalui pendekatan latihan dan bimbingan yang berstuktur kepada Pembimbing Kempimpinan(PK) dan Pembimbing Pedagogi serta pemimpin sekolah transfomasi. Pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh KPM.
DISEDIAKAN OLEH :
  1. NUR SALIHANA BINTI SHAMSUDIN
  2.  NUR ALIA NATASHA BINTI ZAINUDDIN
  3.  NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL

MINGGU KETIGA BELAS

Pembentangan kumpulan terakhir tentang peranan pertubuhan negara-negara berkecuali (NAM)



RANCANGAN DAN PROGRAM MALAYSIA SEBAGAI PENGERUSI NAM
  1. Pelancaran 'Portal e-sekretariat NAM' pada mac 2004:  Matlamat: Bertindak sebagai pengakalan data kepada kesemua isu berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta koordinasi, mempercepatkan proses memnuat keputusan dan merapatkan jurang perbezaan digital serta perpaduan antara negara anggota NAM.Inisiatif ini diambil kerana ICT memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, terutama sekali dalam konteks globalisasi yang kebanyakan negara anggota NAM agak terkebelakang dalam bidang tersebut.
  2. Pengajuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004: Matlamat: Sebagai reaksi segera kepada pergolakan yang meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Palesti di Durba, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004
  3. Penganjuran Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai kemajuan wanita dengan kerjasama kementerian pembangunan wanita,keluarga,dan masyarakat: Matlamat: Bagi menyumbang ke arah pembangunan wanita negara-negara anggota NAM.
KEMUDIAN....

Miss Hana menerangkan tentang konsep pembangunan dan alam sekitar dan konsep pembangunan insan :











DISEDIAKAN OLEH : NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL





TAMAT 





Wednesday, October 9, 2019

MINGGU KEDUA BELAS

Pada minggu ini , pelajar DIB1 membentangkan berdasarkan tajuk masing masing yang telah ditentukan oleh Puan Hana .


Kumpulan pertama membentangkan  berkenaan ASEAN.


 Kumpulan kedua membentangkan berkenaan OIC .


 Kumpulan ketiga membentangkan berkenaan KOMANWEL.





Kumpulan keempat membentangkan berkenaan Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) .




 Setelah setiap kumpulan menyelesaikan segala perbentangan , Puan Hana memberi gambaran atau menerangkan semula perkara yang tidak dibentangkan oleh setiap kumpulan supaya pelajar pelajar dapat memahami tajuk-tajuk yang telah dibentangkan tersebut dengan lebih jelas dan terperinci.














DISEDIAKAN OLEH  : NUR ALIA NATASHA BINTI ZAINUDDIN

Thursday, September 26, 2019

MINGGU SEBELAS

Minggu ini adalah minggu pembentangan oleh setiap group.tajuk yang dibentang oleh group pembentangan ialah Dasar Penggubalan Kebangsaan ,Dasar Pembangunan Belia Negara dan Pelan Integriti Nasional.


                                                 
 kumpulan pertama membentang tajukdasar penggubalan kebangsaan .kumpulan ini juga menjelaskan tentang latar belakang dasar penggubalan kebangsaan .kemudian mereka juga menjelaskan tentang objektif iaitu memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan .selain itu ,mereka juga menjelakan tentang rasional iaitu penggubalan dasar kebdayaan kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun  dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum  seperti malaysia.dasar ini nanti akan menhjadi garis panduan dalam membentk,mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa









 kumpulan kedua pula membentang tajuk dasar pembangunan belia negara .kumpulan ini menjelaskan kami tentang takrif belia iaitu dari segi umur belia ialah mereka yang berumur  antara 15 hingga 40 tahun walau bagaimanapun dari segi strategik pelaksanaan program dan orientasi aktiviti,tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.












kumpulan ketiga pula membentangkan tentang pelan integriti nasional .kumpulan ini menjelaskan tentang konsep pin iaitu pin merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pimpinan dengan sokongan pada rakyat pelbagai kaum ,lapisan dan wilayah.
















DISEDIAKAN OLEH :NUR SALIHANA BINTI SHAMSUDIN

Tuesday, September 24, 2019

MINGGU KESEPULUH

Untuk pembelajaran minggu ini puan Hana menerangkan tentang sistem ekonomi .




DISEDIAKAN OLEH : NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL

Monday, September 9, 2019

MINGGU KELAPAN

Pada minggu ini , Puan Hana menerangkan konsep perpaduan , sejarah hubungan kaum di Tanah Melayu , proses integrasi & cabaran pembinaan negara bangsa










DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA NATASHA BINTI ZAINUDDIN

Sunday, September 1, 2019

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

DASAR EKONOMI BARU (DEB)


PENGENALAN

  • Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu pendekatan baharu dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun.DEB diperkenalkan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990) oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak . DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun . Dasar Ekonomi Baru dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.

MATLAMAT DAN STRATEGI DEB

  • Matlamat DEB bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional melalui strategi serampang dua mata. Melalui strategi ini, diharapkan pihak kerajaan dapat mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan . Usaha ini dapat dicapai dengan cara meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat tanpa mengira kaum . Selain itu, DEB diharapkan dapat mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat dan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi negara. Seterusnya DEB dapat menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi .
  • Kemiskinan telah menjadi faktor utama yang menyumbang kepada perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat di kawasan bandar  dan luar bandar . Kadar kemiskinan sangat ketara perbezaannya mengikut kaum telah menggugat perpaduan negara. Aktiviti pertanian tradisional menyebabkan kadar kemiskinan yang tinggi dalam kalangan orang melayu.
  • Menjelang tahun 1990,kerajaan berhasrat pemilikan saham dan penguasaan ekonomi mengikut komposisi kaum di negara kita. Pemilikan saham bumiputera adalah sebanyak 30% manakala bukan bumiputera sebanyak 40% . Sebanyak 30% adalah dalam kalangan  pelabur luar  negara . 
  • DEB memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan segala matlamatnya untuk memperbaiki tarat hidup dan meningkatkan ekonomi masyarakat bebilang kaum . Segala usaha telah dilakukan melalui DEB telah berjaya menghapuskan jurang antara kaum dan membawa kebaikan kepada masyarakat dan juga negara.
  • Selepas tamat tempoh 20 tahun , dasar ini telah diteruskan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991.
kejayaan DEB mencapai matlamat

  • DEB berjaya membasmi kemiskinan. Peratus pengangguran yang semakin berkurangan menunjukkan bahawa taraf hiup masyarakat semakin berkualiti.
  • Perkembangan ekonomi negara juga semakin meningkat. Buktinya, sektor perindustrian dan pembuatan berkembang maju . Banyak kawasan perkilangan dan pelabuhan dibina.
  • Penubuhan beberapa agensi dan syarikat yang berdaya saing juga membuktikan kejayaan DEB. Antaranya penubuhan Tabung Haji , Petronas , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Lembaga Peembangunan Tanah Persekutuan (LKTP) dan Permodalan Nasional Berhad ((NB).
  • Kejayaan DEB dapat dilihat melalui peningkatan sosial iaitu kemudahan pengangkutan yang semakin maju dan bertambah . Pembinaan jalan -jalan raya yang berkualiti dan kian moden di samping pengunaan ETS , Monorel , LRT , dan MRT memberi kemudahan pengangkutan kepada masyarakat. 
  • Kemudahan lain ialah bidang pendidikan . Banyak institusi ditubuhkan seperti universiti dan politeknik .
MANFAAT/FAEDAH/KESAN BAIK DEB

Pelaksaan DEB secara umunya dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidkan golongan bumiputera . Peratus pelajar yang layak menyambung pengajian di peringkat universiti semakin meningkat. Hal ini menjadikan negara semakin maju. Seabagi contoh, bilangan sarjana dan doktor falsafah dalam pelbagai bidang bertambah. Kesannya, negara tidak perlu mengambil pakar dari negara luar .

Pada masa kini golongan bumiputera telah dapat membina syarikat sendiri. Ini adalah hasil pelaksanaan DEB dalam membasmi kemiskinan . Secara tidak langsung jurang ekonomi antara kaum dapat dikurangkan . Masyarakat luar bandar dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan . 

Bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar , kerajaan telah menaiktaraf sektor pertanian . Hal ini dilakukan dengan menyediakan keperluan asas pertanian seperti baja dan sistem pengairan yang baik . Tambahan lagi , kerajaan turut menyediakan pinjaman modal kepada golongan petani yang berminat menjadikan pertanian sebagai satu industri . Kesannya , eksport pertanian ke luar negara dapat meluaskan pasaran barangan Malaysia.

Tidak dapat dinafikan , dengan memberi latihan dan pendidikan kepada golongan muda juga dapat memberi peluang pekerjaan.

RUMUSAN

PENGETAHUAN

Pengetahuan yang diperolehi ialah pembangunan ekonomi sangat penting dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu , aman , dan sejahtera . Kesejahteraan rakyat menjadi agenda utama pembangunan negara . Pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan rakyat . 

NILAI MURNI

Kerjasama dan tolak ansur antara kaum wujud telah menyediakan asas kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan. Masyarakat sentiasa bersikap positif dan berfikiran terbuka dalam menerima perubahan pembangunan . Selain itu , masyarakat juga perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan ciptaan-ciptaan baru supaya mampu bersaing.

UNSUR PATRIOTISME 

Rakyat hendaklah menyokong dasar pembangunan negara dengan mengamalkan sikap berdaya saing , gigih berusaha dan saling bekerjasama demi memajukan bangsa dan negara.

HARAPAN

Kerajaan meneruskan dasar-dasar ekonomi yang dapat meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat. Malaysia mampu melahirkan tenaga mahir yang dapat memajukan negara pada masa hadapan . Pemimpin dan rakyat perlu memainkan peranan untuk memastikan kecemerlangan ekonomi Malaysia terus gemilang.

DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA NATASHA BINTI ZAINUDDIN

Tuesday, August 27, 2019

PERANAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)

      PERANAN MAJLIS GERAKAN NEGARA(MAGERAN)


Pada tahun 1969,Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) telah ditubuhkan .Penubuhan majlis ini bertujuan  untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetsnya  tragedi 13 Mei 1969.Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarah MAGERAN dengan ahli -ahlinya terdiri daripada Tun Dr Ismail,Tan Sri Ghazali Shafie,Tunku Osman Mohd Jewa ,Tan Sri Mohamad Salleh,Leftenan Dato' Ibrahim Ismail,presiden MCA dan MIC.Pada asalnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman ,mempastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai  di kalangan rakyat pelbagai kaum .Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan tidak keseimbngan ekonomi antara kaum .Majlis Perundangan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970.Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya akta hasutan ,rukun negara dan dasar ekonomi baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.Sesungguhnya  MAGERAN telah meyumbang besar dalam memulihkan perpaduan dikalangan rakyat sehingga kemerdekaan negara dapat dipertahankan hingga kini.

DISEDIAKAN OLEH:NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL

MINGGU KETUJUH

Untuk pembelajaran minggu ini Puan Hana menunjukkan kami video tentang pengorbanan dan jasa pemimpin-pemimpin negara MALAYSIA dalam melahirkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan rakyat MALAYSIA . Supaya kami dapat gambaran yang jelas lagi berkenaan pengorbanan pemimpin dan jenis hasutan dan kekejaman yang dibuat oleh pihak komunis untuk memecahbelahkan rakyat MALAYSIA dengan mewujudkan sifat perkauman antara melayu dan cina .
ini merupakan gambar semasa video ditayangkan.


 
 ini merupakan gambar semasa Puan Hana  mengemukakan beberapa soalan tentang video tersebut



Disediakan oleh:Nur Salihana Binti Shamsudin

Wednesday, August 21, 2019

ISU PERKAUMAN DI MALAYSIA

Zakir Naik masuk campur isu perkauman - Tun M

KUALA LUMPUR: Polis perlu menyiasat penceramah bebas Dr Zakir Naik yang didakwa menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agak jelas tindakan dilakukan Zakir apabila terlibat dengan politik perkauman
."Dia (Zakir) dilihat mencampuri isu perkauman. Polis perlu menyiasat sama ada ia menyebabkan ketegangan, sangat jelas, ya.

"Apa sahaja tindakan yang akan kita akan ambil adalah berlandaskan kedaulatan undang-undang kerana Kerajaan menghormati undang-undang,     " katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tegasnya, sebagai seorang pemegang status Penduduk Tetap (PR) di negara ini, dia tidak boleh terlibat dalam politik di negara ini.

"Anda boleh berdakwah, tapi dia tidak melakukannya. Sebaliknya dia bercakap soal Cina untuk balik ke China dan (bangsa) India balik ke India.

"Saya tidak pernah cakap sebegitu, tapi dia lakukannya. Itu adalah politik," jelas Dr Mahathir.

Sebelum ini, penceramah bebas itu didakwa memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini
sebagai   kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Susulan itu, polis menerima 115 laporan berkaitan Dr Zakir dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Namun, pada Rabu lalu, Dr Zakir dalam satu kenyataan media mendakwa, ceramahnya disalah tafsir dan sengaja diputar belit pihak tertentu.

Katanya, pengkritik memetik kenyataannya itu di luar konteks dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat.
             
               DISEDIAKAN OLEH :NUR SALIHANA BINTI SHAMSUDIN 

MINGGU KE ENAM









DISEDIAKAN OLEH : NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL

Thursday, August 15, 2019

MINGGU KELIMA

Untuk minggu ini Puan Hana mengajarkan tentang Latar Belakang Pemerintahan Dan Pentadbiran , Komponen Utama Sistem Kerajaan , dan Pilihan Raya.















DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA NATASHA BINTI ZAINUDDIN

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA SERTA FUNGSINYA

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA FUNGSI Sekolah Kebangsaan & Sekolah Menengah  Kebangsaan  Bahasa Malaysia dig...