Tuesday, August 27, 2019

PERANAN MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN)

      PERANAN MAJLIS GERAKAN NEGARA(MAGERAN)


Pada tahun 1969,Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) telah ditubuhkan .Penubuhan majlis ini bertujuan  untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetsnya  tragedi 13 Mei 1969.Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarah MAGERAN dengan ahli -ahlinya terdiri daripada Tun Dr Ismail,Tan Sri Ghazali Shafie,Tunku Osman Mohd Jewa ,Tan Sri Mohamad Salleh,Leftenan Dato' Ibrahim Ismail,presiden MCA dan MIC.Pada asalnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman ,mempastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai  di kalangan rakyat pelbagai kaum .Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan tidak keseimbngan ekonomi antara kaum .Majlis Perundangan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970.Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya akta hasutan ,rukun negara dan dasar ekonomi baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.Sesungguhnya  MAGERAN telah meyumbang besar dalam memulihkan perpaduan dikalangan rakyat sehingga kemerdekaan negara dapat dipertahankan hingga kini.

DISEDIAKAN OLEH:NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL

MINGGU KETUJUH

Untuk pembelajaran minggu ini Puan Hana menunjukkan kami video tentang pengorbanan dan jasa pemimpin-pemimpin negara MALAYSIA dalam melahirkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan rakyat MALAYSIA . Supaya kami dapat gambaran yang jelas lagi berkenaan pengorbanan pemimpin dan jenis hasutan dan kekejaman yang dibuat oleh pihak komunis untuk memecahbelahkan rakyat MALAYSIA dengan mewujudkan sifat perkauman antara melayu dan cina .
ini merupakan gambar semasa video ditayangkan.


 
 ini merupakan gambar semasa Puan Hana  mengemukakan beberapa soalan tentang video tersebut



Disediakan oleh:Nur Salihana Binti Shamsudin

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA SERTA FUNGSINYA

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA FUNGSI Sekolah Kebangsaan & Sekolah Menengah  Kebangsaan  Bahasa Malaysia dig...