DASAR EKONOMI BARU (DEB)
PENGENALAN
- Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu pendekatan baharu dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun.DEB diperkenalkan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990) oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak . DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun . Dasar Ekonomi Baru dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum.
MATLAMAT DAN STRATEGI DEB
- Matlamat DEB bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional melalui strategi serampang dua mata. Melalui strategi ini, diharapkan pihak kerajaan dapat mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan . Usaha ini dapat dicapai dengan cara meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat tanpa mengira kaum . Selain itu, DEB diharapkan dapat mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat dan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi negara. Seterusnya DEB dapat menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi .
- Kemiskinan telah menjadi faktor utama yang menyumbang kepada perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar . Kadar kemiskinan sangat ketara perbezaannya mengikut kaum telah menggugat perpaduan negara. Aktiviti pertanian tradisional menyebabkan kadar kemiskinan yang tinggi dalam kalangan orang melayu.
- Menjelang tahun 1990,kerajaan berhasrat pemilikan saham dan penguasaan ekonomi mengikut komposisi kaum di negara kita. Pemilikan saham bumiputera adalah sebanyak 30% manakala bukan bumiputera sebanyak 40% . Sebanyak 30% adalah dalam kalangan pelabur luar negara .
- DEB memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan segala matlamatnya untuk memperbaiki tarat hidup dan meningkatkan ekonomi masyarakat bebilang kaum . Segala usaha telah dilakukan melalui DEB telah berjaya menghapuskan jurang antara kaum dan membawa kebaikan kepada masyarakat dan juga negara.
- Selepas tamat tempoh 20 tahun , dasar ini telah diteruskan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991.
kejayaan DEB mencapai matlamat
- DEB berjaya membasmi kemiskinan. Peratus pengangguran yang semakin berkurangan menunjukkan bahawa taraf hiup masyarakat semakin berkualiti.
- Perkembangan ekonomi negara juga semakin meningkat. Buktinya, sektor perindustrian dan pembuatan berkembang maju . Banyak kawasan perkilangan dan pelabuhan dibina.
- Penubuhan beberapa agensi dan syarikat yang berdaya saing juga membuktikan kejayaan DEB. Antaranya penubuhan Tabung Haji , Petronas , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Lembaga Peembangunan Tanah Persekutuan (LKTP) dan Permodalan Nasional Berhad ((NB).
- Kejayaan DEB dapat dilihat melalui peningkatan sosial iaitu kemudahan pengangkutan yang semakin maju dan bertambah . Pembinaan jalan -jalan raya yang berkualiti dan kian moden di samping pengunaan ETS , Monorel , LRT , dan MRT memberi kemudahan pengangkutan kepada masyarakat.
- Kemudahan lain ialah bidang pendidikan . Banyak institusi ditubuhkan seperti universiti dan politeknik .
MANFAAT/FAEDAH/KESAN BAIK DEB
Pelaksaan DEB secara umunya dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidkan golongan bumiputera . Peratus pelajar yang layak menyambung pengajian di peringkat universiti semakin meningkat. Hal ini menjadikan negara semakin maju. Seabagi contoh, bilangan sarjana dan doktor falsafah dalam pelbagai bidang bertambah. Kesannya, negara tidak perlu mengambil pakar dari negara luar .
Pada masa kini golongan bumiputera telah dapat membina syarikat sendiri. Ini adalah hasil pelaksanaan DEB dalam membasmi kemiskinan . Secara tidak langsung jurang ekonomi antara kaum dapat dikurangkan . Masyarakat luar bandar dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan .
Bagi meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar , kerajaan telah menaiktaraf sektor pertanian . Hal ini dilakukan dengan menyediakan keperluan asas pertanian seperti baja dan sistem pengairan yang baik . Tambahan lagi , kerajaan turut menyediakan pinjaman modal kepada golongan petani yang berminat menjadikan pertanian sebagai satu industri . Kesannya , eksport pertanian ke luar negara dapat meluaskan pasaran barangan Malaysia.
Tidak dapat dinafikan , dengan memberi latihan dan pendidikan kepada golongan muda juga dapat memberi peluang pekerjaan.
RUMUSAN
PENGETAHUAN
Pengetahuan yang diperolehi ialah pembangunan ekonomi sangat penting dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu , aman , dan sejahtera . Kesejahteraan rakyat menjadi agenda utama pembangunan negara . Pembangunan negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan rakyat .
NILAI MURNI
Kerjasama dan tolak ansur antara kaum wujud telah menyediakan asas kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan. Masyarakat sentiasa bersikap positif dan berfikiran terbuka dalam menerima perubahan pembangunan . Selain itu , masyarakat juga perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan ciptaan-ciptaan baru supaya mampu bersaing.
UNSUR PATRIOTISME
Rakyat hendaklah menyokong dasar pembangunan negara dengan mengamalkan sikap berdaya saing , gigih berusaha dan saling bekerjasama demi memajukan bangsa dan negara.
HARAPAN
Kerajaan meneruskan dasar-dasar ekonomi yang dapat meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat. Malaysia mampu melahirkan tenaga mahir yang dapat memajukan negara pada masa hadapan . Pemimpin dan rakyat perlu memainkan peranan untuk memastikan kecemerlangan ekonomi Malaysia terus gemilang.
DISEDIAKAN OLEH : NUR ALIA NATASHA BINTI ZAINUDDIN
No comments:
Post a Comment