Thursday, October 10, 2019

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA SERTA FUNGSINYA






JENIS-JENIS SEKOLAH
DI MALAYSIA
FUNGSI
Sekolah
Kebangsaan
& Sekolah
Menengah 
Kebangsaan 
Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa penghantar.
Sekolah kebangsaan merupakan salah satu sekolah rendah
manakala sekolah menengah kebangsaan merupakan salah
satu jenis sekolah menengah
Sekolah jenis
kebangsaan
Bahasa cina atau bahasa tamil digunakan sebagai bahasa
penghantar.sekolah jenis kebangsaan merupakan salah satu jenis
sekolah rendah
Sekolah
wawasan
Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai sekolah wawasan.penubuhan sekolah wawasan bertujuan untuk
menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum
Sekolah kluster
Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.pengwujuan
sekolah kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan malaysia dan membangun sekolah yang boleh di contohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
Sekolah primier
Sekolah dalam sekelompok sekolah  kluster yang berusia lebih 100 tahun dan cemerlang dalam akademik serta kokurikulum.mengiktiraf sekolah - sekolah yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum,serta menghasilkan ramai pemimpin,ahli korporat,profesional, dan ahli sukan
Sekolah agama
islam
Sekolah pondok,madrasah dan sekolah agama merupakan sekolah yang terawal wujud di malaysia. kewujudan sekolah-sekolah pondok,madrasah dan sekolah agama islam banyak membantu dalam membina sahsiah pelajar melalui penerapan pendidikan keagamaan seterusnya membina peradapan.
Sekolah mubaligh
Terdapat juga sekolah kebangsaan methodist,sekolah menengah kebangsaan methodist dan banyak lagi sekolah mubaligh kristian bertujuan untuk menerapkan agama kristian dalam diri orang kristian
Sekolah bestariSekolah bestari merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan  ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.
Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik / VokasionalSekolah teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara . Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan .
Sekolah conformingSekolah conforming dikenali sebagai SMJK (Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan) . Ia diklasifikasi sebagai sekolah bantuan kerajaan . Kerajaan memberikan gaji kakitangan sekolah , memberi sokongan dan sekolah adalah dalam pentadbiran kerajaan . Sekolah conforming juga ialah hak milik kerajaan .
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)Sekolah Berprestasi Tinggi diiktirafkan sebagai sekolah yang mempunyai etos , watak , identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan . Bertindak sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan , supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini . 
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)Sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan Bumiputera.
Sekolah Berasarama Penuh (SBP)Sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam UPSR .Namun kini , semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia .
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)SBPI hanya menetapkan satu aliran pengajian di sesebuah sekolahnya . Melalui konsep SBPI ini , ia memberi peluang kepada para pelajar untuk memilih aliran pengajian yang diminati sama ada aliran Sains Tulen , Teknikal atau Agama di dalam satu sekolah . SBPI peringkat menengah atas menawarkan konsep penggabungan tiga aliran pengajian di dalam satu sekolah meliputi aliran Sains Tulen , aliran Teknikal dan aliran Sains Tulen Agama . Di peringkat menengah rendah pula , para pelajar dikehendaki mengambil kesemua mata pelajaran teras termasuk Bahasa Arab Komunikasi. Para pelajar juga dikehendaki memilih mata pelajaran asing sama ada Bahasa Jepun , Bahasa Perancis , Bahasa Jerman dan Bahasa Mandarin .
Sekolah SeniSebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan meggilap dan meggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif .
Sekolah SukanSekolah Sukan Malaysia adalah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih 
Sekolah AmanahSekolah separa korporat akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sama ada menengah atau rendah di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan.
Sekolah Pendidikan KhasSekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran, dan bermasalah pengihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Sekolah Transfomasi (PreSTasi)Sekolah ini bertujuan untuk mengaplikasikan konsep dan amalan terbaik Sekolah Amanah di sekolah harian terpilih dengan kos pengoperasian yang lebih rendah dan ingin membangunkan kepakaran tempatan melalui pendekatan latihan dan bimbingan yang berstuktur kepada Pembimbing Kempimpinan(PK) dan Pembimbing Pedagogi serta pemimpin sekolah transfomasi. Pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh KPM.
DISEDIAKAN OLEH :
  1. NUR SALIHANA BINTI SHAMSUDIN
  2.  NUR ALIA NATASHA BINTI ZAINUDDIN
  3.  NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL

3 comments:

  1. terima kasih atas info ni..mohom share ye

    ReplyDelete
  2. Ada satu lagi kategori yg terlepas yaitu sekolah tentera. Cuma ada satu di Malaysia. Maktab Tentera diRaja.

    ReplyDelete
  3. mana penulis dapat sumber maklumat ini? tq :)

    ReplyDelete

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA SERTA FUNGSINYA

JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA FUNGSI Sekolah Kebangsaan & Sekolah Menengah  Kebangsaan  Bahasa Malaysia dig...