WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
JOHOR
Selepas melaka diserang portugis pada tahun 1511,sultan mahmud shah dan anaknya, sultan ahmad shah bersama-sama pengikut mereka telah melarikan diri ke ujung tanah (kini dikenali sebagai johor).Mereka membuat perancangan untuk menawan semula melaka tetapi perancangan tersebut telah diketahui oleh portugis.Kemudian,mereka berundur ke pahang dan akhirnya berhijrah ke bentan .Setelah kemangkatan sultan ahmad syah ,sultan mahmud syah melantik puteranya sebagai pengganti baginda dan digelar raja muda .
Perubahan daripada pewarisan kesultanan melayu melaka kepada keluarga bendahara berlaku pada tahun1699,iaitu apabila sulatan mahmud syah II (1685-1699) di bunuh oleh laksamana megat sri rama .Kemudian, tampok pemerintahan diambil alih oleh bendahara tun abdul jalil sebagai sultan abdul jalil riayat syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur.
PERAK
Raja Muzaffar(putera sultan mahmud syah bersama puteri kelantan,puteri onang kening )membawa diri ke perak setelah disingkirkan daripada menjadi sultan johor oleh raja ali.Baginda ditabalkan menjadi sultan perak yang pertama dengan gelaran sultan muzaffar syah I pada tahun1528 .Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa sultan muzaffar menjadi sultan perak yang pertama selepas tun saban ,pembesar negeri perak dan nakhoda kasim menghadap sultan mahmud syah di kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya sultan muzaffar menjadi pemimpin di perak.Pembesar perak berpendapat bahawa pemimpin daripada waris kesultanan melayu melaka mampu memajukan negeri perak kerana kebesaran ,kewibawaan dan struktur pemerintah kesultanan melayu melaka yang berpengaruh di tanah melayu .Sultan muzaffar menjadikan Tanah Abang sebagai pusat pemerintahan .
PAHANG
Pemerintahan negeri pahang mempunyai kaitan dengan kesultanan melayu melaka . Buku sulalatus salatin menceritakan sultan mahmud syah menghantar anaknya iaitu raja muhammad ke pahang sebagai hukuman kerana membunuh tun besar.Pembunuhan ini terjadi apabila bola sepak raga di sepak oleh tun besar telah terkena dastar raja muhammad ketika itu sedang menaiki kuda berhampiran kawasan tun besar bermain.Raja muhammad di tabalkan menjadi sultan pahang pertama dengan gelaran sultan mahmudn syah pada tahun 1470.
Tampuk pemerintahan negeri pahang diambil oleh keluarga bendahara di mulai dengan bendahara tun abdul jalil, anak kepada bendahara tun habib abdul majid dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat syah IV.Tun Abdul Majid inilah Kesultanan Pahang yang baru.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL