Pada tahun 1969,Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) telah ditubuhkan .Penubuhan majlis ini bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul ekoran tercetsnya tragedi 13 Mei 1969.Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarah MAGERAN dengan ahli -ahlinya terdiri daripada Tun Dr Ismail,Tan Sri Ghazali Shafie,Tunku Osman Mohd Jewa ,Tan Sri Mohamad Salleh,Leftenan Dato' Ibrahim Ismail,presiden MCA dan MIC.Pada asalnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman ,mempastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum .Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan tidak keseimbngan ekonomi antara kaum .Majlis Perundangan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970.Beberapa dasar penting telah diwujudkan antaranya akta hasutan ,rukun negara dan dasar ekonomi baru yang telah dirangka dan dilancarkan pada januari 1971 untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.Sesungguhnya MAGERAN telah meyumbang besar dalam memulihkan perpaduan dikalangan rakyat sehingga kemerdekaan negara dapat dipertahankan hingga kini.
DISEDIAKAN OLEH:NURUL ATHIRAH FARHANAH BINTI SHAMSUL